Wednesday, November 17, 2010

Soalan cepumas ibu

alhamdulillah aku tiba di stesen bas kangar pada 16/11/10 jam 5.30 pagi dengan selamat....alhamdulillah air pun dah surut setelah banjir selama beberapa hari di Kangar, jadi tiada masalah untuk ku pulang ke kampung halaman merayakan aidiladha bersama keluarga yang kurindui...




Terima kasih pakcik bas kerana memandu dengan berhati-hati walaupun di malam hari




aku disambut oleh abah yang menungguku 10 minit lbh awl sebelum bas transnasional tiba di Kangar...huhu, memang sikap abah yang suka menunggu orang...dan tak suka orang menunggunya...(anak didikan polis la katekan)hurm...tp malangnya x da seorang pun anak2 abah yang ikut perangai abah ni =P...semuanya jenis last2 minit, kalut2 dan suka buat org tertunggu2....
tula kan, teringat pulak lagu kumpulan raihan 'iman adalah mutiara' bahagian lirik
'iman x dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertaqwa'...hurm...sedangkan sikap baik pun belum tentu anak boleh warisi/ikut, inikan pula iman dan taqwa...

ok, sambung citer...
aku pun pulang ke rumah bersama abah menaiki Sang Wiranya itu...
Tiba dirumah, aku disambut pula oleh ibu yg sangat2 aku rindu..
ku salam tangannya yang kasar itu, ku cium ke dua pipinya...
ku hulur bungkusan2 keropok yang ku bawa balik dari kelantan...tersenyum lebar dia..
setelah aku kemas2 barang dalam bilikku..aku menghempaskan diri ke atas katil utk menghilangkan kepenatan dan mabuk bas...

selang beberapa minit suara ibu kedengaran
'x da sapa2 lagi ka?'.......................


aku kebingungan dengan soalan ibuku dan pura2 x tahu...
'sapa2 apa mak?'

'Hang x dak jumpa sapa2 lg yang bekenan ka?atau org hat bekenan kt hg kaaaa...?'

huhu....susah...susah sangat nak jawab soalan bonda kesayangan ku tu..
aku tau mak susah hati...tgok keadaan aku ni
mak pun teringin sangat nk menantu..
apa lagi nak cucu...hehe....

aku pun dengan selambanya jawab ' x jumpa lagi...tunggu la,esok lusa jumpa la tu'...aku malas untuk meneruskan perbincangan ni...
'hurmmm..tunggu la...sampai ke tua la tu..'jwab bonda ku.....

aku pun terlelap dan perbincangan tehenti begitu saja....

Hari ini 17/11/10...Hari Raya Aidiladha...
ramai saudara mara datang ke rumah..
hari ni buat mee goreng je...x macam slalu samada buat laksa/ mee kuah...


soalan cepumas bondaku semalam terungkit kembali apabila setiap saudara yang datang mesti tanya soalan yang sama...'ina bila lg ni???blajaq dah hbs, keja pun dah keja,lapaq nk mkn nasi minyak ni....' ....ayat2 lain pulak...'ina x dak calon lg ka?ka dok beratuq x tau nk pilih sapa?hehe..yang paling x tahan...'ina dah 23..x lama 24?ish...perempuan dah tua tu'.....


aih...penat juga ye ada nya desakan2 sebegini...huh!
tadi...dapat jemputan dari kawan..nk buat kenduri kwen awal bulan 12 ni...
lepas tu dapat jemputan dari FB, kwan adikku (kire kwan aku gak la) jemput walimah dia hujung tahun ni... huhu...hari ni macam bertubi2 aku kene.....secara direct/indirect....


Hurm..bondaku...

anakmu ini juga manusia...punya keinginan..
melengkapkan sebahagian dari agama yang juga sunnah Nabi Muhammad SAW...
pada zahirnya memang kelihatan anakmu tidak ambil endah akan hal sebegini..
tp hakikatnya...dalam hati ni..ALLAH saja yang tahu...
anak mak ni kan slalu 'control macho'..haha..
hati ni masih sabar menanti
'si dia' yang anakmu sendiri belum tahu siapa gerangannya ( nk muntah plak aku tulih ayat2 camni)...
memilih memang memilih..
sedangkan ikan yang nak dimakan pun kita pilih yang elok2
ini kan pula orang yang kita mahu bersama hingga ke akhir hayat...
bukan yang kacak, hartawan, bketurunan raja yang dicari..
tapi cukup sekadar dia baik untuk kebajikanku, agamaku, dunia dan akhiratku...
itulah cita2ku...biarpun diri ini tidak seindah Aisyah , sebijak Balqis dan sekuat Khadijah..
bukanku menunggu bulan jatuh ke riba..
tapi aku sedang mengatur langkah dalam tawakkal...
cuma langkahku agak sedikit terketar2...dan agak lambat
kerana aku punya kisah yang membuatkan aku berhati2 dalam memilih...
buatmu bonda...bersabar ya..
aku hanya perlu restu dan doa darimu....
kerana itu sumber kekuatanku....
ALLAH sentiasa mendengar setiap Doa dari hambaNYA...
jadi..janganlah kita jemu untuk meminta dariNya dan meneruskan langkah dalam tawakkal...









huh! bantal dah melambai2 ni....
mata pun dah berat...setakat ini dlu coretanku buatmu blog...
kita ketemu lagi di lain hari ya...

Assalamualaikum...

Friday, October 22, 2010

Ukhuwahfillah itu indah..

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah...kembali lagi aku menjenguk blog yg lame x di update ni...=)
ini pun sebab ade budak kecik yang berjiwa besar tu ingatkan utk update blog..hehe...
sebelum tu nk ucapkan sekali lagi 'Selamat hari lahir' kt budak tu yang baru berumur 2* tahun pada 21 hbln baru2 ni...nk bagi hadiah/blanja mkn pun jauh....kalo x, leh la blanje makan kek 'screte resipe'(budak itu suka makan kek tp tetap x besar2 =P)....

huh!minggu ni aku agak kepenatan kerana penuh dgn aktiviti kolej....
aku baru saja pulang dari terengganu 2 hari lepas
atas tugasan majlis konvokesyen KIST..hari ni dan semalam pula, sepanjang hari settle kan edit soalan final..mggu ni kami bekerja 7 hari seminggu...
penat juga bekerja ni ye...baju pn baru je sempat sidai (sidai baju di malam hari =P)

hari ni...student pembantu farmasi intake jun10 exam final kimia inorganik...aku pulak terasa debarannya...huhu, x sabar aku nk mark paper2 dorang...aku doakan semoga dipermudahkan untuk mereka menjawab soalan2 tu =)..

hurm.......ckp psal student...
aku agak terharu dengan dorang ni...
dkt nk exam, bkn main dorang htr msg minta maaf, minta restu,mita doakan mereka n halalkn ilmu yg diberi..
x pernah pulak aku buat mcm tu msa kt UKM dlu....
patut la result aku ni slalu 'GEMPAK'...=P
hurm...i'd learn something from them...
inilah dikatakan belajar sambil mengajar =)

x dinafikan hubungan pelajar dan pengajar di sini agak akrab berbanding hubunganku dgn pnsyarah di UKM dulu...mereka mudah mesra denganku dan aku pun senang dengan mereka. Alhamdulillah, hubungan sebegini membuatkan banyak perkara mudah diuruskan..Jika mereka ada masalah mereka x keberatan untuk bercerita dan minta pendapat. jika mereka lakukan kesilapan, x berat untuk lidah ni menegur...dan jika ada kelebihan masa setelah mengajar..boleh jugak sampaikan sedikit pengisian rohani..

seronok rupanya jadi pengajar ni ea..?
jom lah pakat ramai2 jd pengajar walau di mana saja anda berada..(ayt ni x ssuai ditujukan pada si budak kecik =P)

hurm..setakat ni dulu kot coretanku buatmu blog...dan tatapan si budak kecik..(AKA BEST PREN).x de idea nak menulis ni..maklumlah bukan orang seni...
idea nk menulis datang jarang2...lain la mcm si budak kecik tu kn??hehehe....





ok lah..ku ingin mengundur diri dulu ye..
sebelum tu dah alang bckp psal sahabat dan ukhuwah ni jom kita baca sedikit pengisian mengenai:

Perkara-Perkara Yang Dapat Merosakkan Ukhuwah:

1. Tamak Dan Rakus Terhadap Dunia, Terhadap Apa-Apa Yang Dimiliki Orang Lain.

Rasulullah SAW. Bersabda; " Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu. " HR Ibnu Majah Jika kamu tertimpa musibah, mintalah musyawarah kepada saudaramu dan jangan meminta apa yang engkau perlukan. Sebab jika saudara atau temanmu itu memahami keadaanmu, ia akan terketuk hatinya untuk menolongmu, tanpa harus meminta atau menitiskan airmata.


2. Maksiat Dan Meremehkan Ketaatan.


Jika di dalam pergaulan tidak ada nuansa zikir dan ibadah, saling menasihati, mengingatkan dan memberi pelajaran, bererti pergaulan atau ikatan persahabatan itu telah gersang disebabkan oleh kerasnya hati dan perkara ini boleh mengakibatkan terbukanya pintu-pintu kejahatan sehingga masing-masing akan saling menyibukkan diri dengan urusan yang lain. Padahal Rasulullah SAW bersabda;

" Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak menghinakannya. Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. " HR Ahmad Ibnu Qayim,

Dalam kitab "Al-Jawabul Kafi" mengatakan, " Di antara akibat dari perbuatan maksiat adalah rasa gelisah ( takut dan sedih ) yang dirasakan oleh orang yang bermaksiat itu untuk bertemu dengan saudara-saudaranya. "

Orang-orang ahli maksiat dan kemungkaran, pergaulan dan persahabatan mereka tidak dibangun atas dasar ketakwaan melainkan atas dasar kebendaan sehingga akan dengan mudah berubah menjadi permusuhan. Bahkan perkara itu nanti akan menjadi beban di hari kiamat.

Allah SWT berfirman; " Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa ( iman dan amal soleh ). " Q.S Az-Zukhruf : 67

Sedangkan persahabatan kerana Allah, akan terus berlanjutan sampai di syurga; " Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. " Q.S Al-Hijr : 47


3. Tidak Menggunakan Adab Yang Baik (Syar'i) Ketika Berbicara.


Ketika berbicara dengan saudara atau kawan, hendaknya seseorang memilih perkataan yang paling baik.

Allah berfirman; " Dan katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada hamba-hambaKu ( yang beriman ), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik ( kepada orang-orang yang menentang kebenaran ); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka ( yang mukmin dan yang menentang ); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. " Q.S Al-Israa? : 53

Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda; " Kalimah thayibah adalah shadaqah. " HR Bukhari

4. Tidak Memperhatikan Apabila Ada Yang Mengajak Berbicara Dan Memalingkan Muka Darinya.

Seorang ulama salaf berkata, " Ada seseorang yang menyampaikan hadith sedangkan aku sudah mengetahui perkara itu sebelum ia dilahirkan oleh ibunya. Akan tetapi, akhlak yang baik membawaku untuk tetap mendengarkannya hingga ia selesai berbicara. "

5. Banyak Bercanda Dan Bersenda Gurau.

Berapa ramai orang yang putus hubungan satu sama lainnya hanya disebabkan oleh canda dan senda gurau.


6. Banyak Berdebat Dan Berbantah-Bantahan.

Terkadang hubungan persaudaraan terputus kerana terjadinya perdebatan yang sengit yang boleh jadi itu adalah tipuan syaitan. Dengan alasan mempertahankan aqidah dan prinsipnya padahal sesungguhnya adalah mempertahankan dirinya dan kesombongannya.

Rasulullah SAW bersabda; " Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya. " HR Bukhari dan Muslim

Orang yang banyak permusuhannya adalah yang suka mengutarakan perdebatan, perbalahan dan pendapat. Tetapi debat dengan cara yang baik untuk menerangkan kebenaran kepada orang yang kurang faham, dan kepada ahli bid`ah, perkara itu tidak bermasalah. Tetapi, jika sudah melampaui batas, maka perkara itu tidak diperbolehkan. Bahkan jika perdebatan itu dilakukan untuk menunjukkan kehebatan diri, perkara itu malah menjadi bukti akan lemahnya iman dan sedikitnya pengetahuan. Jadi, boleh juga dengan perdebatan ini, tali ukhuwah akan terurai dan hilang. Sebab masing-masing merasa lebih lebih kuat hujjahnya dibanding yang lain.


7. Berbisik-Bisik ( Pembicaraan Rahsia )


Berbisik-bisik adalah merupakan perkara yang remeh tetapi mempunyai pengaruh yang dalam bagi orang yang berfikiran ingin membina ikatan persaudaraan. Allah SWT berfirman; " Sesungguhnya perbuatan berbisik ( dengan kejahatan ) itu adalah dari ( hasutan ) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. " Q.S Al-Mujaadalah : 10 Rasulullah bersabda; " Jika kalian bertiga, maka janganlah dua orang di antaranya berbisik-bisik tanpa mengajak orang yang ketiga kerana itu akan dapat menyebabkannya bersedih. " HR Bukhari dan Muslim Para ulama berkata, " Syaitan akan membisikkan kepadanya dan berkata, ' Mereka itu membicarakanmu'." Maka dari itu para ulama mensyaratkan agar meminta izin terlebih dahulu jika ingin berbisik-bisik ( berbicara rahsia ).





wassalam....=)

Sunday, October 10, 2010

AKU HANYA ADA KAMU

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT dengan nikmat kehidupan yang masih dirasai hingga hari ini.Terlalu banyak nikmatNYA yang kita kecapi hingga kadangkala kita terlupa pada sang penciptanya...

Allahuakbar......
sungguh setiap yang terjadi dalam hidup ini adalah yang terbaik
biarpun perit hati untuk menerima tapi yakinlah bahawa ganjaran Allah lebih manis bagi orang2 yang sabar dan redha dengan ketentuanNya...'wajah masih tersenyum biarpun hati berkecai' =)sakit di tangan lukanya nampak sakit di hati siapa yang tahu?

Allah mengetahui setiap detik sakitmu....rayulah padaNYA kerana DIA lah sebaik2 pendengar dan hanya mengingatiNYA hati menjadi tenang...

Manusia itu juga ujian bagimu
sahabat...kekasih...teman sekerja...keluarga....
ada mereka..membuatkan kau gembira
ada mereka..membuatkan kau bahagia
dan kerana mereka juga boleh membuatkan kau menangis....


Allahu Allah...
berilah aku kefahaman dalam mengenal erti hidup
jangan kau biar aku lemah bersendirian
jangan kau biar aku jatuh dalam kegelapan kerana kekecawaan
ikhlaskanlah hatiku untuk menerima ujianMU...untukku menjadi insan yang kuat, sabar dan disayangiMU....

ini kerana..~AKU HANYA ADA KAMU~Allahurabbi...



Saturday, August 7, 2010

Permulaan..=)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum =) buat insan yang mlawat blog ni...selamat dtg kawe ucapkan...moga coretan dlm blog yang x seberapa ni memberi sedikit manfaat pada semua... jika ada salah/ silap, harap ditegur dan dibetulkan..maklumlah kawe ni baru nak berjinak2 menulis blog...

kawe ni doklah bagus sgt nok berpuitis, bermadah, bg tazkirah atau gapo2 hok berkaitan dengan seni2 ni..=), so..kalu bosan tu, maaf la deh..=)

ok..untuk permulaan...kawe nok crito lah ckit pasal latar blkg diri nih...oyak td kn pmulaan..so kene menulih hok basic2 dlu...kalu mule2 nk bkenalan nge ore pn tnyo namo dio dulu dok? jadi molek la kawe perkenalkan serba sdkit ttg diri ni...



Pada 4 Mei 1987 adola seorang bayi di lahirkan di hospital sandakan Sabah oleh seorang wanita yg sangat kawe kagumi....sgguh gembira wanita tu...maklumlah buleh anok pertama kn..pahtu dio pun bincang2 la nge suami dia nk buwi nama ko anok tu...bberapa hari pahtu buleh la namo ko budok tu mazlina binti mazlan...dah besa pun budok tu lonih =)..lpas bbrapa tahun menyusur pula beberapa insan yang hadir melihat dunia yang seibu sebapa nge kawe seramai 4 0rg...maka jadilah kawe kakak kpda 4 org adik hok nakal n comel2 tuh...alhamdulillah..syukur kawe dilahirkan dalam kluarga yg serba sederhana...

kawe lonih menetap di perlis indera kayangan...tp skg kijo kt bachok klate...ngaja budok2 di Kolej Islam Sains dan Teknologi...dari dulu kawe ni suko ngajar..ado cita2 nk jd cikgu...alhamdulillah tercapai jgok jd pgajar...kalu dulu mikir ngajar ni best, x berat sgt kijo, duit pun masuk....tp bila dh besar ni and ado pglmn ckit baru tau best ngajar ni guano...1st kawe raso puas kalo ngajar smpai student fhm...2nd ruang/peluang untuk berdakwah sangat luas...3rd disamping kawe mgajar,kawe pun blajar bnyk bnda bru...alhamdulillah i'm satisfied with what i'm doing right now...apo hok penting dlm bkerja ni adalah keikhlasan dan yakin dgn ganjaran ALLAH atas usaha kita...insyaALLAH kita x akan mengeluh dan x rsa berat dengan tanggungjawan hok kito pikul =)

ok la....setakat ni dulu deh coretan kawe..maaflah kalu bahaso susoh nk pehe n mencemar grammar BM =P, sbb kalu baku sgt raso supo skema...hik hik hik..

ok sebelum menutup coretan ni marilah sama2 kita hayati hadis ni :

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada NIAT, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Jadi niat adalah teras segala amalan. semoga kita sama2 perbetulkan niat dlm setiap perkara yg dilakukan..sama2 kita jauhi riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, kerana semua ni tidak memberikan apa-apa faedah...bercakap lebih mudah dari beramal tp bukan bermaksud untuk beramal itu payah...so renung2kan dan selamat beramal!!!....