Saturday, February 19, 2011

She's my truely fren

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...terasa ringan plak nk menulis kat blog hari ni =)
hurm, hati berbunga2 bila baru lepas bercakap dengan sahabat tersayang =)
Rindu sangat padanya, nak jumpa sangat2 dengan dia....

Bila bercakap pasal sahabat ni, teringat pulak ukhuwah yang terjalin masa aku di UKM dulu. Mula melangkah ke alam 'U', pertama kalinya aku mengenal 'usrah',aku bersyukur sangat kerana aku belajar erti kasih sayang kerana ALLAH...

aku mula mengenalinya sewaktu minggu mesra mahasiswa yang di kenali minggu 3M pada waktu dulu.masa tu kat UKM Bangi,tapi dalam proses nak ke KTSN (kolej tun syed nasir. Aku melihatnya duduk di bawah canopy keseorangan lalu menyapanya 'hurm..awk nama apa? dapat bilik nombor berapa nanti?..'Nama Fadhilah,dapat bilik H407'..jawab dia.Aku terus membelek kunci aku dan tengok nombor bilik aku...'Eh!sama laaaa....saya pun H407 jugak'...aku keseronokkan sbb dapat jumpa rommate.'Eh yeke?' dia tersenyum....

Aku bersamanya setahun sebagai teman sebilik. Macam2 karenah yang kami lalui...mula2 tu aku susah nak adapt dengan dia sebab dia agak pendiam dan aku ni punyela banyak cakap,sampai x larat dia nak layan...huhu,tapi lama2 bila dah kenal antara 1 sama lain then sama2 join usrah pulak...aku bersyukur sebab dapat jumpa sahabat macam dia. Shes's one in a million...

Aku percaya bukan aku sahaja yang merasa begitu,sesiapa yang bersahabat dengannya pasti mempunyai perasaan yang sama. Satu sikap dia yang disenangi dan susah nak dapat pada yang lain adalah sifat Husnozon yakni bersangka baik.Bukan senang nak jumpa orang macam ni tapi sifat ni ada pada dia. Dia juga seorang yang menjaga tutur katanya dan cuba untuk tidak menyakiti hati sahabatnya...Ya ALLAH sungguh aku bersyukur kerana berjumpa dengan insan yang mengajar aku akhlak ini scra x langsung.cukup saja sikap dia dapat memuhasabahkan diri aku...Dia betul2 menerima aku seadanya...setiap kelemahanku dia akan bantu...

Bukan senang kan nak dapat kawan yang bersangka baik? Aku pun belum tentu dapat jadi sahabat yang berhusnuzon kepada kawan2 yang lain. Tapi yang penting kita jangan cepat bersangka buruk dengan kawan2.

Sangka buruk ni berkait rapat dengan hasad, dengki or cemburu. Sgt laaaaaaaaah susah nk dibuang.... apepun kita kena usaha sehabis daya untuk buang sikap ni. Jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa.


ok la blog...dah ngantuk ni,kita jumpa lagi ya...Lusa student MLT intake Jan10 exam Midsem Immunohemato II, all the best yah!!!kalau x faham dan x baca nota korang mesti cakap soalan tu susah...so rajin2 lah belajar ye student2 yang disayangi sekalian...=)

wassalam....

No comments:

Post a Comment